Wednesday, August 24, 2011

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 buka time nak Raya Aidilfitri 1432H





Pembukaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2

(LPT 2)

LPT Fasa 2 akan dibuka kepada orang ramai mulai 22 Ogos 2011 jam 10 pagi. Tol adalah PERCUMA sehingga tempoh yang telah ditetapkan kerjaan. Bahagian yang akan dibuka adalah :

  • Persimpangan Bukit Besi - Persimpangan Ajil (42.4 km)
  • Persimpangan Telemung - Persimpangan Kuala Terengganu (Kg. Gemuroh) (12.6 km)
  • Jalan Penghubung Bukit Payong (Batu 9 Simpang Udang - Persimpangan Telemung) (16.3 km)

Maklumat Ringkas

- LPT Fasa 2 bermula dari persimpangan jabor di lpt1 sehingga ke persimpangan kuala terengganu di kg. gemuroh : panjang keseluruhan 184km.

- Jalan penghubung bukit payung (bukit payung spur road (bpsr)) merupakan jalan penghubung dari jalan persekutuan 14 di simpang batu 9, simpang undang ke persimpangan telemung di lpt2. dengan panjang 16.3 km

- LPT Fasa 2 mempunyai 2 lorong 2 hala dan bersistem tol tertutup dengan had laju 110 km/jam bpsr juga 2 lorong 2 hala tanpa tol dengan hadlaju 90 km/jam

- Hentian sebelah bukit besi dijangka mulai beroperasi pada januari 2012

- Khidmat ronda disediakan 24 jam tetapi terhad untuk bantuan asas sahaja. khidmat trak tunda adalah di atas tanggungan para pengguna sendiri sepanjang tempoh tanpa tol.











Panduan pengguna untuk ke Sg. Tong, Besut dan Kota Bahru

Terdapat 2 pilihan iaitu dari simpang lampu isyarat Ajil selepas persimpangan Ajil untuk

Pilihan 1

Ikut kanan ke kuala berang untuk tujuan Sg. Tong. Besut dan Kota Bharu

Pilihan 2

Ikut kiri ke Kuala Terengganu hingga ke Simpang Undang (jarak kira-kira 15km). ikut kiri ke jalan penghubung Bukit Payung sehingga ke Persimpangan Telemung dan terus ke Persimpangan Kuala Terengganu (di Kg. Gemuroh/ Bukit Jong). Ikut kiri untuk tujuan ke Besut dan Kota Bahru. (ke kanan untuk tujuan ke Manir dan Kuala Terengganu)


SUMBER

Thursday, August 11, 2011