Wednesday, June 8, 2016

Naikkan sales bisnes menerusi Instagram

Naikkan sales bisnes menerusi Instagram – 
Guna 5 cara yang jarang peniaga Instagram kongsikan ini.
Sebelum anda baca tip-tip marketing di Instagram, saya mahu menyerah diri awal-awal,

“Saya bukan pakar Instagram.“
Malah, saya hanya gunakan Instagram untuk membebel dan kepuasan peribadi. Followers pun tak sampai 1,000.

Tetapi… Saya banyak belajar daripada peniaga-peniaga yang mengambil serius terhadap Instagram, sebagai senjata marketing untuk memajukan bisnes mereka.

Malah, saya ada belajar tip-tip marketing Instagram daripada Jason G. Miles.

Beliau merupakan pengasas Liberty Jane Clothing.

The Anchor – Memilih sentuhan pelanggan yang unik.

The Anchor maksudnya mempunyai profail Instagram yang mempunyai kedua-dua elemen kredibiliti dan autoriti. Apabila bakal pelanggan kita tengok profail Instagram kita, mereka sudah tahu apa yang kita jual.

Paling penting, mereka yakin yang kita ini boleh dipercayai.

Jalan terbaik untuk memilih nama profail Instagram adalah menggunakan nama yang mempunyai unsur-unsur peribadi.

Ada beberapa syarikat yang mengambil jurucakap atau menggunakan nama pena untuk membangunkan bisnes mereka menggunakan Instagram.

Contohnya, pengasas syarikat suplemen kesihatan iaitu Shredz. Syarikat ini menggunakan CEO dan pengasasnya iaitu Arvin Lai untuk menjadi duta marketing di Instagram.

Tujuh (7) cara menulis deskripsi di profail Instagram.

Pada bahagian deskripsi atau penerangan diri, Instagram hanya benarkan 150 patah perkataan sahaja.

Walaupun pendek, ia memberi tekanan positif dan memaksa kita menjadi kreatif.

Penerangan yang berpengaruh di Instagram mempunyai ciri-ciri berikut:

1) Menjemput pengikut (followers) dan bakal pengikut dengan cara yang kreatif, dan menarik.

2) Menjelaskan skop kerja kita dalam syarikat.

3) Menerangkan misi atau apa yang bisnes kita mahu capai.

4) Jika ada sebarang kelayakan yang dapat mencerminkan kredibiliti bisnes, jangan lupa letak.

5) Beritahu gambar-gambar apa yang bakal kita kongsikan di Instagram.

6) Satu arahan yang jelas seperti, “Follow kami di Instagram untuk dapatkan diskaun X%.”

7) Link laman web (jika ada, dan jika perlu).

Gunakan pelanggan sedia ada untuk menaikkan jenama bisnes di Instagram.

Cara terbaik melancarkan jenama bisnes kita di Instagram adalah menjemput pelanggan-pelanggan sedia ada.

Algoritma Instagram dan logik di sini adalah:

1) Apabila pelanggan kita daftar Instagram untuk mengikuti perkembangan kita, mereka akan turut tambah rakan-rakan yang lain.

2) Setiap kali pelanggan kita LOVE (ikon hati, fungsi sama macam Like di Facebook), rakan-rakan mereka akan nampak aktiviti kita.

3) Secara tidak langsung, ia memberi publisiti dan pendedahan terhadap jenama bisnes kita di Instagram.

Memahami kepentingan dan impak gambar dalam Instagram.

Taktik paling penting dalam Instagram adalah penerbitan gambar. Di sini peranan The Visual Creator sangat penting.

Antara elemen-elemen yang perlu kita ambil berat tentang taktik penerbitan gambar adalah:

1) Berapa kerap kita mahu post gambar di Instagram?

2) Apakah jenis gambar yang mahu kita post?

3) Apakah masa terbaik untuk kita post gambar supaya pelanggan dan bakal pelanggan nampak?

4) Adakah terdapat sebarang ketetapan kualiti yang perlu kita ikut sebelum post gambar?

5) Siapa yang akan post? Siapa yang akan approve gambar? (Ini bagi bisnes yang mempunyai pasukan khas untuk marketing di Instagram).

Tiga gambar yang buat pelanggan rasa terliur dengan produk atau servis yang anda jual.

Beliau menggelarkan ini sebagai Chemical X.

Perkara paling ketara yang bermain dalam fikiran followers Instagram kita adalah mengetahui perkembangan dalaman syarikat.

Konsep-konsep gambar yang kita boleh bawa ke dalam Instagram bisnes adalah:

1) Tunjuk gambar-gambar aktiviti di belakang tabir semasa bisnes sedang beroperasi.

2) Berkongsi gambar-gambar kehidupan peribadi. Pelanggan suka mengenali hero atau heroin dalam syarikat.

3) Memperkenalkan projek, atau produk yang bakal dilancarkan a.k.a sneak peek. Ini dapat membina hubungan emosi ingin tahu yang kuat dalam minda bakal pelanggan.

Jangan marketing di Instagram sebelum jawab soalan ini.

Teknologi marketing di Instagram masih lagi jauh berbanding Facebook. 
Peluang pengiklanan di Instagram pun masih belum boleh digunakan oleh peniaga di Malaysia.

Adakah Instagram sesuai untuk bisnes kita? Jawab soalan ini dahulu,

Adakah segmen pelanggan yang saya mahu ada di dalam Instagram?
Jika jawapannya ya, maka kita boleh mula meneroka lombong emas baru di Instagram.

Berdasarkan pemerhatian ringkas, majoriti kejayaan bisnes tercipta di Instagram berada dalam industri:

1) Pakaian.

2) Makanan dan minuman.

3) Produk kecantikan dan kesihatan.

Ini tidak bemaksud industri lain tidak sesuai dengan Instagram. Ia cuma pemerhatian seorang individu saja.

Mahu skrip jualan berkesan yang anda boleh guna di Instagram?

2 minggu lepas, saya ada hasilkan skrip jualan untuk klien.

Allah bagi rezeki. Skrip itu berkesan 200% kepada klien saya.

Tapi, saya tak puas hati.

Saya pun guna skrip itu untuk bisnes Write to Wealth.

Alhamdulillah.

Ia juga berkesan kepada bisnes Write to Wealth.

Anda mahu download dan guna skrip jualan ini untuk bisnes anda sendiri?

Silakan.

Risikonya? Saya tanggung 100%.

0 comments:

Post a Comment